Vitamin Semulajadi Untuk Anak Saya Yang Selalu Sakit

Saya bagi anak-anak saya makan vitamin semulajadi. Tak nak bagi makan ubat-ubatan lagi kalau sakit. Saya prefer mencegah sebab saya tau anak-anak saya nih tidak suka makan ubat sebab bau ubat tidak syok. Macam mana saya boleh tau? Sebab ibu kan ada sense tuh.. Lagipun masa kecil, saya pun tidak suka makan ubat. *giggles*

Tapi ini cerita benar, anak pertama saya tu sudahlah cerewet makan. Selalu sakit. Bila kita bagi ubat, bergelut dengan dia sampai terpelanting syringe tu. Syringe mau masuk mulut pun tidak sempat. Tapi yang menghairankan, pertama kali saya bagi OmegaGuard tidak pun dia tolak. Padahal OmegaGuard tu bau dia pun bukan wangi macam gula-gula. Mungkin sebab dia berkilat tu sebab budak-budak suka kan?

Sejak dari tu, saya buang semua ubat-ubatan dan vitamin sintetik yang saya belikan kepada anak-anak saya dulu dan tukar dengan vitamin semulajadi. Sudah semestinya saya memilih produk Shaklee sebab sudah company tu janjikan produknya 100% semulajadi. Mak mana yang menolak tu memang mak yang luar biasa tidak kisah kesihatan anaknya la tuh. Ehh jangan kecam. Kita tukarlah produk tu sama-sama demi anak kita juga kan? hehe..

Saya paling suka bagi anak saya minum MealShake nih. Selain tinggi serat, MealShake juga menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu.

Sebab Ryo tu jenis cerewet makan tahap dewa. Kalau dulu nasi pun tidak mau makan. Sayur lagilahhhh dia tengok pun buang muka. Tapi lepas campurkan MealShake nih dalam susu formula dia. Pelan-pelan tuh dia sudah pandai minta nasi.

“Mamy.. naci naci” dia bilang. Terkejut saya sudah pandai cari nasi. Saat itu juga terbuka kepala mata mulut nih dengan kesan MealShake ke atas anak saya yang cerewet makan ni. Mulai dari sana stok MealShake dekat rumah tidak pernah kosong hehe..

Sebelum amalkan MealShake, Ryo selalu sembelit. Air besar dia keras. Tapi sejak bagi MealShake, hari-hari dia membuang. Siang atau malam atau kedua-duanya sekali haha. Tu sebab saya suka betul MealShake nih. Apa yang saya perasan lagi, badan Ryo akan pelan-pelan berisi. Bestkan? Dari kurus macam ranting dah jadi macam dahan pokok durian. Tambah senang lagi hati mak Ryo nih.

Lagi satu bila anak-anak saya mula bersin. Saya terus beri mereka OmegaGuard dan Chewable VitaC. Besok tu tidak jadi selesema dorang. Kalau tengok-tengok anak mau demam dan selesema pun bagi juga OmegaGuard dan Chewable VitaC nih. Besok tuh, kebahlah demam dan hingus pun tidak jadi keluar. Senang hati mak, keja pun tidak bertambah. Semakin dijauhi bilik emergency tu dari kami.. Haha sebab dulu Ryo selalu kena hantar dekat emergency. Kalau bernasib baik, pulanglah terus selepas kena periksa dan bagi ubat. Kalau nasib kurang baik, kenalah bermalam di wad kanak-kanak sebab Ryo kena admit.

Berjasa vitamin semulajadi nih dengan anak-anak saya. Selain antibodi anak-anak semakin baik, masa pun jimat sebab sudah lama tidak tidur dalam wad kanak-kanak.

iset kanak-kanak shaklee

Luv,
Momy Brigett.
The Happy Mom.

Continue Reading
1 2 3 13