5 Tip Untuk Ibu Hamil Sebelum Pergi Bercuti

Walaupun hamil tidak semestinya si ibu kena duduk rumah selama 9 bulan. Perlu juga pergi berjalan-jalan kerana ia juga baik untuk kandungan. Jangan buatkan waktu kehamilan ini menjadi satu halangan untuk kita mengendurkan tekanan. Saya sendiri pergi bercuti masa kandungan berusia 7 bulan. Hihi.. Di sini saya berbesar hati ingin kongsikan beberapa tip bagi ibu hamil yang ingin bercuti dengan aman tanpa sebarang kemusykilan.

1. Selepas Morning Sickness Reda

Pada awal kehamilan ini, lazimnya si ibu akan diganggu dengan morning sickness. Saya galakkan agar si ibu tidak melakukan aktiviti yang boleh mendatangkan kemudaratan sebelum kandungan berusia 12 minggu.

Saya sarankan ibu untuk bercuti semasa trimester kedua iaitu antara bulan ke-4 dan ke-6. Tapi jangan pula pergi bercuti bila usia kandungan sudah mencecah minggu ke-36 hingga minggu ke-38 kerana ibu mengandung pada minggu tersebut tidak dibenarkan menaiki pesawat.

2. Lakukan Pemeriksaan Doktor

tip ibu hamil melancong

Sebelum pergi bercuti, ibu perlu membuat pemeriksaan dari doktor bagi menjamin tahap kesihatan anda sebelum pergi bercuti.

Jangan lupa juga untuk membawa buku rekod kesihatan anda semasa pergi bercuti. Jika berlaku hal yang tidak diingini kepada kehamilan, buku ini boleh dijadikan rujukan oleh doktor yang akan membuat pemeriksaan pada waktu itu.

3. Pemilihan Destinasi Percutian

Jangan memilih tempat melancong yang terlalu jauh semasa hamil. Ini disebabkan bagi mengelakkan agar kita tidak akan berada di dalam pesawat terlalu lama. Sebaiknya, pilih tempat-tempat domestik sahaja.

Bagi yang ingin bercuti di atas puncak gunung, pastikan ibu tidak akan berada pada ketinggian 3600 meter dari paras laut.

4. Sentiasa Memakai Tali Pinggang Keledar

Saya galakkan ibu hamil yang bercuti ini kenalah sentiasa pakai tali pinggang keselamatan. Walaupun dalam kereta, kapal terbang.

Banyak hasil kajian menunjukkan kecelakaan yang lebih teruk dapat dielakkan jika kita menggunakan tali pinggang keselamatan dengan betul. Kalau kita rasa malas pun, kena dahulukan si bayi yang dalam kandungan.

5. Dapatkan Vaksin Perjalanan

Semasa hamil, elakkan daripada pergi bercuti di negara yang memerlukan vaksinasi. Sekiranya masih perlu ke destinasi tersebut, ibu digalakkan untuk berjumpa dengan doktor terlebih dahulu kerana mereka lebih arif tentang vaksin yang selamat diambil.

Jika anda sedang cuba untuk hamil dan mahu ke luar negara pula, dapatkan vaksinasi yang diperlukan sekurang-kurangnya empat minggu sebelum berusaha hamil.

tip ibu hamil bercuti

Sebelum saya akhiri tip saya ini, saya sangat galakkan ibu hamil yang ingin keluar negara untuk mengambil makanan tambahan bagi meningkatkan lagi imun badan. Pengambilan makanan tambahan juga membantu dalam meningkatkan tenaga sebelum dan semasa bercuti, menjaga imunisasi tubuh kita dan memastikan nutrisi untuk ibu dan bayi cukup.

Semoga perkongsian saya memberi manfaat. xx.

Brigett,
Blogger Kecik.

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *