6 Punca Sakit Pinggang Semasa Hamil

berikan tempat duduk untuk si ibu mengandung

Semasa proses mengandung memang benar para ibu akan mengalami sakit pinggang. Serangan sakit pinggang ini akan dilalui oleh sesiapa sahaja tanpa mengira umur ibu hamil tersebut. Beberapa faktor ibu hamil mengalami masalah sakit pinggang atau sakit di bahagian bawah tulang belakang ketika hamil.

Antaranya ialah;

  1. Postur atau Kedudukan.
  2. Peningkatan Hormon.
  3. Peningkatan Berat Badan.
  4. Pusat Graviti.
  5. Tekanan.
  6. Pemisahan Otot.

Postur atau Kedudukan.

  • Postur yang berada dalam kedudukan berdiri dan membongkok terlalu lama merupakan salah satu postur yang tidak baik.
  • Postur ini akan menyebabkan atau meningkatkan kesakitan yang ibu hamil alami di bahagian pinggang/belakang anda.

posture duduk ketika hamil

Peningkatan Hormon.

  • Semasa hamil, ada satu hormon yang dikeluarkan oleh ibu hamil di mana hormon ini membolehkan ligamen di bahagian pelvis menjadi lembut dan sendi menjadi longgar.
  • Ini merupakan salah satu persediaan untuk proses kelahiran.
  • Perubahan ini menjejaskan sokongan yang asal.

Peningkatan Berat Badan.

  • Pembesaran bayi akan meningkatkan berat badan si ibu semasa proses kehamilan.
  • Ini menyebabkan beban tambahan yang perlu ditampung oleh tulang belakang dan pelvis.

sakit belakang ketika hamil

Pusat Graviti.

  • Pusat graviti akan beransur-ansur bergerak ke hadapan dengan pembesaran saiz rahim dan bayi.
  • Postur ini juga akan menyebabkan tulang belakang berubah.

Tekanan.

  • Tekanan emosi juga boleh menyebabkan ketegangan otot belakang dan ini akan mengakibatkan si ibu akan merasa sakit belakang.
  • Peningkatan tekanan akan seiringan dengan peningkatan sakit belakang.

Pemisahan Otot.

  • Semasa rahim mengembang, 2 kepingan otot selari (otot rectus abdominis) yang mana terletak daripada tulang rusuk ke tulang pelvis akan terpisah daripada bahagian tengah.
  • Perkara ini akan menjadikan masalah sakit belakang semakin teruk.

Ada sesetengah wanita akan mengalami sakit belakang di awal kehamilan lagi. Wanita yang lebih berisiko untuk sakit belakang adalah mereka yang mempunyai berat badan berlebihan atau sudah pernah mengalami sakit sebelum kehamilan.

Walau bagaimanapun, masalah sakit pinggang semasa hamil masih mampu diatasi. Dengan hanya mengamalkan pemakanan sihat, dan mengambil makanan tambahan bagi mengisi lompong-lompong nutrisi di dalam badan ibu hamil.

Set Ibu Hamil Shaklee

Klik link Set Ibu Hamil Shaklee untuk membuat tempahan. Hubungi saya di 012.889.5717 selepas membuat tempahan agar saya boleh memberi anda konsultasi bagaimana penggunaan Set Ibu Hamil ini.

Semoga info ini memberi manfaat kepada mom-to-be di luar sana.

CHEERS!

 

 

Luv,
Brigett || 0128895717
Pengedar Shaklee Malaysia

 

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *