8 Aktiviti Rangsang Otak Kanan Si Manja

Setiap perkembangan kanak-kanak adalah berbeza, walaupun dalam usia yang sama tetapi perkembangan boleh berbeza-beza. Oleh itu jika ibubapa mengesan perkembangan anak perlahan berbanding budak lain, ibubapa boleh melakukan proses keupayaan pembelajaran untuk perkembangan intelektual semasa anak membesar.

Dengan aktiviti menggunakan jari jemari boleh merangsang otak kanan si manja. Ini disebabkan gerak kerja tangan adalah hasil daripada kerahan otak kanan.

8 Aktiviti Yang Boleh Merangsang Otak Kanan Si Manja

1. Tanah Liat

Dengan menggunakan tanah liat, anak-anak boleh membuat pelbagai bentuk seperti kucing, ikan dan bunga.

2. Origami atau Lipat Kertas

Ibubapa boleh merujuk dalam mana-mana buku origami dan mengajar anak-anak untuk meniru langkah-langkah bagaimana membuat pelbagai bentuk daripada 1 keping kertas. Contohnya, membuat lipatan kapal terbang.

 3. Menggunting

Menggunting garisan lurus, bengkok, atau gambar-gambar di surat khabar dan majalah.

merangsang otak anak

4. Melukis

Sediakan buku lukisan dan berikan anak peralatan melukis seperti pensel warna, warna air, crayon. Ibubapa boleh mengajar anak-anak bagaimana cara untuk melukis haiwan, bentuk dan pemandangan.

melukis-merangsang-otak-anak

5. Masukkan Manik Dalam Benang atau Masukkan Tali Dalam Straw

Ini boleh membantu anak-anak untuk meningkatkan tahap fokus mereka dalam sesuatu perkara.

6. Main Teka-Teki dengan Anak

Ibubapa boleh menyediakan satu kotak dan letakkan sesuatu benda di dalam kotak tersebut. Minta anak untuk meneka apa benda di dalam kotak itu berdasarkan daripada berat kotak dan bunyi dari kotak tersebut.

7. Bercerita

Bawa anak-anak berimaginasi dengan cara bercerita pendek dan meminta anak untuk menyambung cerita yang kita mulakan.

8. Kad Imbasan

Perkenalkan abjad atau nombor melalui kad imbasan. Apabila kad bergerak lebih laju, otak kanan akan berkerja keras untuk menangkap apa yang ditunjukkan.

merangsang-otak-anak

Tempoh untuk melalukan aktiviti ini tidak perlu lama. Anak-anak akan cepat bosan sekiranya kita melakukan aktiviti ini seharian. Anggarkan masa setengah jam hingga 1 jam untuk aktiviti-aktiviti ini. Jangan lakukan aktiviti yang sama setiap hari.

Ini sahaja perkongsian saya hari ini. Semoga entri ini memberi manfaat kepada ibubapa di luar sana.

CHEERS!

You may also like

3 Comments

  1. Nadji, un riz avec un délicieux poulet, n'est pas nÃrs©csaiee essayer, seulement bien qu'il voie les photos, que certes, tu es la meilleure en sortant des photos. Muxutxuak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *