Cara Merangsang Otak Kanan Anak

Tahukah anda? Jika otak kanan anak-anak dirangsang dengan baik, mereka akan menjadi lebih pandai, cerdik dan positif. Ibubapa perlu melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh merangsang otak kanan anak seawal anak berusia 6 bulan. Dengan latihan awal, ia boleh memudahkan ibubapa untuk mendidik anak-anak di masa akan datang.

Otak sebelah kanan lebih efektif jika dibandingkan dengan otak kiri, tetapi ia perlu dilatih dan kerap melakukan aktiviti yang merangsang otak kanan. Otak anak pada enam tahun pertama bersifat seperti span. Ini menyebabkan anak-anak mudah menerima rangsangan.

Ibubapa juga perlu mengetahui cara otak berfungsi.

Otak

Otak menerima respons terhadap maklumat. Otak menerima maklumat melalui pancaindera seperti mata, telinga, hidung, lidah serta kulit.

merangsang-otak-kanan-anak

Mata

Ibubapa boleh membawa anak-anak ke tanam dan membawa mereka melihat haiwan dan tumbuhan. Menunjuk haiwan seperti burung dan memberitahu anak bahawa itu adalah burung.

Ini disebabkan apabila anak-anak melihat objek dan maklumat akan dihantar ke otak. Dalam masa yang sama, otak juga dirangsang.

cara-merangsang-otak-kanan-anak

Telinga

Aktiviti seperti menyampaikan maklumat kepada anak dan meminta anak menyampaikan maklumat kepada orang lain juga boleh merangsang otak anak.

cara-merangsang-otak-anak

Oleh itu, semasa melakukan aktiviti rangsangan, otak akan memainkan peranan. Jadi ibubapa perlu melakukan aktiviti dengan lebih yakin dan bersemangat untuk mendidik anak-anak menjadi insan yang berjaya. Ibubapa boleh merujuk beberapa aktiviti yang boleh merangsang otak kanan anak-anak dalam entri ini.

Semoga perkongsian saya ini boleh membantu ibubapa yang sedang mencari jalan untuk mendidik anak-anak mereka.

CHEERS!

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *