6 Tip Isteri Perlu Tahu Untuk Membantu Suami Mengawal Tekanan

Biasanya kita dengar si isteri yang mengalami banyak tekanan dalam rumah tangga. Kenyataannya, bukan si isteri sahaja yang mengalami tekanan. Si suami juga ada mengalami tekanan cuma cara mengawal tekanan itu berbeza dengan cara si isteri. Kaum lelaki berpendapat melupakan dan merahsiakan masalah lebih mudah, tetapi hormon tekanan boleh naik secara mendadak pada bila-bila masa.

Di sini saya ingin kongsikan 6 tip untuk mengawal tekanan bagi si suami. Oleh itu, si isteri perlu memainkan peranan penting untuk membantu si suami.

Pertama sekali, isteri perlu selalu bertanya dengan suami atau perhatikan jika si suami selalu bersikap pelupa, sakit kepala, sakit otot, itu adalah antara tanda-tanda tekanan awal. Jika suami sudah mula melenting, isteri boleh bawa si suami duduk sama-sama dan berbincang dengan cara baik.

1. Kenal Pasti dan Bahagikannya

Isteri boleh tanya suami apa masalah dia. Ambil langkah ke belakang dan kenal pasti masalah dahulu. Bila suami sudah terangkan, isteri cuba bantu suami untuk bahagikan masalah-masalah itu kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil.

Menangani satu bahagian pada satu-satu masa boleh membantu anda mengenal pasti dan menyelesaikan masalah secara berasingan mengikut masa anda sendiri. Maka, isteri boleh membantu suami untuk menangani masalah dia. Sama-sama susah, sama-sama senang kan?

2. Alihkannya

Bawa suami pergi berjogging, pergi jalan-jalan atau keluar dengan rakan-rakan agar suami boleh berhenti memikirkan masalah dia seketika. Tingkatkan aktiviti di luar rumah agar aktiviti sosial bertambah. Senaman juga boleh mengeluarkan hormon endorfin yang boleh menenangkan dan meningkatkan mood.

3.Ketawalah

Isteri boleh bawa suami pergi tengok wayang comedi kerana ketawa adalah ubat terbaik untuk menangani tekanan. Bawa suami untuk tidak terlalu serius pada diri sendiri. Nasihatkan suami agar masalah sebenarnya perlu dihadapi dengan tenang untuk mengurangkan kebimbangan dan meredakan kemarahan.

4. Mengamalkan Diet Nutrisi Yang Seimbang

Apabila tahap tekanan meningkat, badan akan sering kali mengidamkan makanan yang tinggi dengan natrium dan karbohidrat. Isteri haruslah menjaga pemakanan si suami semasa dia menghadapi tekanan. Pastikan dia mengambil makanan tambahan seperti B-Complex yang boleh memberi dia ketenangan daripada tekanan.

5. Tingkatkan Kesihatan Otak

Radikal bebas lebih banyak dihasilkan dalam otak kita apabila kita mengalami tekanan. Perkara ini akan menyebabkan lebih banyak juga radikal bebas yang akan menyerang sel-sel otak dan menghalang pertumbuhan sel-sel baharu. Selain itu, ini juga salah satu punca kita menjadi semakin pelupa.

Keadaan ini boleh dicegah dengan pengambilan makanan tambahan yang tinggi antioksidan bagi melawan radikal bebas dalam badan seperti B-Complex, OmegaGuard, Vita-E Complex, VitaC dan Vivix.

6. Dapatkan Bantuan

Bila isteri sudah buntu dalam memberi bantuan kepada suami. Mungkin suami sudah susah untuk si isteri tangani, si isteri boleh bawa si suami berjumpa dengan orang yang pakar dalam bidang menangani tekanan. Boleh bawa suami berjumpa dengan pakar kaunseling.

Kesimpulannya, isteri sebagai peneman hidup suami perlu selalu prihatin kepada si suami. Biasanya, suami tidak akan selalu meluahkan perasaan mereka, maka si isteri perlu bijak dalam mengendailkan sikap suaminya ini. Boleh amalkan 6 tip yang saya kongsikan ini untuk membantu suami kita yang sedang bertarung dengan keadaan persekitarannya.

Semoga tip ini mampu membantu si isteri yang sedang ingin membantu suami mereka. CHEERS!

Continue Reading