Pernah Dengar Tentang Episiotomi?

ketahui episiotomiPernah dengar pasal episiotomi? Hahhhhhh?? Apa itu? Haha.. Okay mari akak explain apa ini episiotomi. Episiotomi ini adalah teknik pemotongan di bahagian kemaluan si ibu semasa proses kelahiran. Ia juga dikenali sebagai perineum yang terletak di antara faraj dan lubang dubur. Kalau dulu, kebanyakan doktor melakukan episiotomi untuk membesarkan lagi pembukaan faraj bagi memudahkan dan mempercepatkan proses kelahiran dengan selamat. Namun, ada juga doktor melakukan proses ini untuk mengelakkan faraj koyak secara semulajadi terutamanya semasa kelahiran pertama.

Tapi masa kini, prosedur ini tidak lagi dilakukan. Macam saya juga semasa melahirkan anak pertama dan kedua, sempat saya bertanya dengan JM kalau saya ini perlu episiotomi, tapi JM kata prosedur ini tidak dilakukan lagi bagi rutin proses kelahiran. Waduhhh punya saya bersyukur betul waktu itu. Haha! Bersyukur tiada daging-daging akan digunting. WAHAHA!! Tapi episiotomi ini dilakukan juga sebagai pilihan terakhir.

Ramai doktor masa dulu konon percaya episiotomi ini lukanya cepat sembuh tapi sejak 20 tahun lalu, banyak kajian menunjukan teori ini tidak betul dan episiotomi tidak diperlukan semasa proses kelahiran melainkan terpaksa. Ini disebabkan proses penyembuhan luka episiotomi dikatakan sukar dan dikhuatiri luka boleh menimbulkan rasa sakit kepada si ibu. Selain itu, kebanyakan ibu juga mengalami kesukaran untuk membuang air besar dan air kecil.

proses episiotomi

Ada juga kajian menunjukkan wanita mengalami koyakan semulajadi sembuh sama seperti wanita yang menjalani episiotomi. Wanita yang mengalami kotakan secara semulajadi mempunyai komplikasi kurang berbanding wanita yang menjalani episiotomi. Wanita yang menjalani episiotomi ini juga berisiko tinggi untuk kehilangan banyak darah semasa bersalin.

Semasa melahirkan anak pertama, saya juga mengalami koyakan semulajadi. Koyakan itu mengambil masa sebulan untuk bercantum semula, bayangkan kalau ibu diberi episiotomi, tempoh penyembuhan sudah pasti lebih lama berbanding koyakan semulajadi.

Selain itu, ada juga wanita yang mengalami koyakan teruk sehingga ke anal sphincter atau rektum. Masalah ini dinamakan sebagai koyakan 3 dan 4. Ini akan menyebabkan kesakitan faraj selepas kelahiran dan memerlukan tempoh penyembuhan yang lebih lama serta mungkin akan memberi kesan kepada kekuatan otot-otot lantai pelvis.

Namun, episiotomi boleh dielakkan sekirannya doktor yang menyambut kelahiran melakukan rengangan pada bahagian perineum. Teknik ini pula dikenali sebagai urutan perineum di mana doktor akan memasukkan 2 jari iaitu jari telunjuk dan jari hantu ke dalam faraj bagi melakukan urutan pada bahagian tersebut. Dengan teknik ini, otot faraj akan merengang dengan lebih baik dan kepala bayi akan lebih mudah untuk keluar.

Mengikut pengalaman saya, JM yang mengurus saya pada waktu saya bersalin anak pertama, dia melakukan urutan perineum ini. Selain kesakitan menahan bukaan itu dapat dikurangkan, ia sedikit membeli kelegaan kepada saya. Rasa sakit menahan bukaan itu hilang sebentar dan urutan ini juga mempercepatkan proses kelahiran.

Tapi episiotomi ini perlu apabila ada beberapa faktor yang mendorong ia untuk dilakukan. Boleh ikuti entri saya di sini untuk ketahui faktor-faktor yang mendorong episiotomi dilakukan.

Semoga info tentang episiotomi ini boleh membantu sedikit sebanyak buat mom-to-be di luar sana. Cheers! xx

Continue Reading