Bongkar Rahsia Hamil Dengan Mudah

5 Tip Cepat Hamil

Ada beberapa faktor suatu pasangan sukar untuk mendapatkan zuriat. Antaranya ialah faktor umur, haid tidak teratur, hormon tidak stabil dan sebagainya. So hari ini, saya ingin berkongsi beberapa tips untuk mudah hamil. Selain daripada tips ini, saya juga akan berkongsi nutrisi-nutrisi penting yang perlu diambil oleh pasangan yang berusaha untuk mendapatkan zuriat.

Terdapat 5 tips mudah hamil. Antaranya ialah..

5 tips cepat hamil

1. DAPATKAN BERAT BADAN IDEAL

Berat badan yang ideal juga adalah salah satu punca untuk membantu dalam kesuburan. Tidak kira berat badan si suami mahupun berat badan si isteri. Jika berat badan terlalu kurus atau terlalu berat, ia boleh menjadi punca dalam masalah kesuburan. Jadi pasangan perlu tahun BMI (Indeks Jisim) mereka. BMI antara 20-24 merupakan berat badan ideal.

2. KETAHUI WAKTU SUBUR

Tahukah anda? Waktu subur hanyalah empat hingga lima hari sebulan sahaja. Hari subur ini hanya boleh dikira dengan tepat sekiranya jadual haid setiap bulan adalah teratur. Jika hadi tidak teratur, anda boleh membeli kit ovulasi di mana-mana farmasi terdekat untuk meramal waktu subur anda dengan lebih tepat. Dengan mengetahui waktu subur anda, peluang untuk hamil adalah sangat tinggi.

3. HUBUNGAN INTIM LEBIH KERAP

Pasangan digalakkan untuk melakukan hubungan intim tiga hingga empat kali seminggu dalam tempoh kesuburan. Posisi sewaktu melakukan hubungan intim juga sangat penting untuk merancang kehamilan. Contohnya melalukan missionary position di mana suami berada di atas. Ini memastikan tiada tumpahan sperma. Isteri juga boleh meletakkan bantal di bawah punggung selama 30 minit atau biarkan zakar suami berada di dalam faraj isteri selama 15 minit selepas ejakulasi.

4. MENGAMBIL MULTIVITAMIN

Pasangan digalakkan mengambil multivitamin termasuklah asid folik bagi mengurangkan risiko janin cacat. Suami juga digalakkan mengambil suplemen yang mengandungi zink untuk meningkatkan kuantiti sperma.

5. BERJUMPA DENGAN DOKTOR

Masalah seperti Cyst, endometriosis atau fibroid boleh menghalang kehamilan. Sangat digalakkan untuk berjumpa dengan doktor untuk membuat pemeriksaan di peringkat awal. Jika rawatan dilakukan lebih awal, masalah sukar untuk hamil dapat dielakkan.

***

BAGAIMANA PULA SUPLEMEN MEMBANTU PASANGAN UNTUK HAMIL?

Di Shaklee, pasangan yang sedang ikhtiar untuk hamil boleh mengamalkan Set Kesuburan. Set Kesuburan ini lengkap dengan multivitamin Vitalea, Bcomplex dengan asid folik, Vitamin E dan Zinc Complex.


Kena lihat juga, selalunya jika suami seorang yang merokok, lebih berat badan dan kurang Vitamin E adalah salah satu punca pasang sukar untuk mendapatkan zuriat juga.


Ini salah satu testimoni customer. Sudah 5 tahun menunggu cahaya mata, akhirnya berbuah juga hasil usaha. Dengan doa dan ikhtiar yang tidak putus-putus, Tuhan pasti akan memberi.

Sekian perkongsian saya pada hari ini. Semoga saya mampu membantu mereka yang ada masalah seperti ini.☺️

Luv,
Brigett || 0128895717
Biz Mentor & Pengedar Shaklee Malaysia

Continue Reading