7 Tips Elak Anak Dari Jadi ‘Hantu’ Tv Dan Gajet

Ramai ibubapa cakap tidak baik bagi anak pegang gajet atau menonton tv terlalu lama. Ada juga ibubapa yang langsung tidak mahu memberi anak mereka sentuh gajet. Pada pendapat saya, saya tidak membantah jika ibubapa memberi anak tengok tv atau gajet. Cuma ibubapa perlu berada disamping si kecil semasa dia menonton tv dan gajet. Kena setkan masa juga berapa jam si kecil perlu berdepan dengan tv dan gajet.

Saya sendiri pun bagi anak pertama saya tengok gajet dan tv tau saya pantau dia. Saya bagi masa sejam dua sahaja berdepan dengan gajet atau tv, selepas itu saya simpan gajet atau tutup tv supaya dia ada masa dengan saya dan adik dia. Bila saya sudah kawal masa dia, secara automatik dia akan berhenti tengok gajet atau tv selepas sejam dua. Kalau dia sudah bosan pun dia akan sendiri ketepikan gajet atau mengabaikan tv dan akan pergi bermain dengan adik dia dan saya.

Setiap perkara memang ada baik buruknya. Anak pertama saya itu pun bukan sampai ketagih betul dengan gajet atau tv. Apa yang saya suka kesan bagi anak saya tengok gajet dan tv, dia sendiri pandai bercakap bahasa English. Dia bercakap dengan saya guna bahasa English tapi saya balas juga bahasa baku Sabah. Itu yang saya tidak berapa sangat mahu bantah jika ibubapabenarkan anak-anak mereka menonton tv atau gajet. Yang penting, ibubapa juga perlu ambil peranan.

Ada beberapa tip saya mahu kongsikan untuk elak anak kita menjadi ‘hantu’ gajet dan tv. Jadi kita boleh sama-sama mengawal masa anak-anak bersama gajet dan tv mereka. Dalam masa yang sama juga boleh mengurangkan ketagihan mereka dengan gajet dan tv.

elak-anak-ketagih-dengan-gajet

TIPS ELAK ANAK DARIPADA MENJADI ‘HANTU’ GAJET DAN TV

1. Berikan Tugasan

Apa kata ibubapa berikan anak-anak tugasan seperti tugasan di rumah, membuat seni kraf atau menyiapkan sebuah lukisan. Ini boleh membantu anak-anak untuk mengasa bakat mereka sekaligus. Selain itu, tugasan ini juga boleh merangsang otak kanan anak-anak kita.

2. Melibatkan Anak-Anak Dalam Tugasan Harian

Sangat penting untuk ibubapa mengajar anak-anak dalam menyiapkan kerja-kerja rumah seperti menyapu, membasuh pinggan dan membersihkan rumah. Sikap ini perlu dilakukan sejak anak-anak masih kecil agar bila besar nanti mereka lebih berdikari dan rajin.

tip-elak-anak-ketagih-gajet

3. Mengisi Masa Lapang Dengan Anak-Anak

Ibubapa juga perlu memberi ruang masa untuk bersama dengan anak-anak. Dalam masa ini, ibubapa boleh membawa anak-anak bermain permainan seperti bermain bola, bermain kad atau pun bermain teka teki. Selain daripada kesihatan anak-anak bertambah baik, minda mereka juga akan berkembang.

4. Ibubapa Perlu Kurangkan Masa Dengan Gajet Sendiri

Jika ibubapa inginkan anak-anak tidak menjadi ‘hantu‘  gajet, ibubapa terlebih dahulu kena elakkan agar tidak menjadi ‘hantu’ gajet. Sikap ibubapa penting dalam mengajar anak-anak. Jika ibubapa inginkan anak-anak hidup dalam persekitaran yang sihat, ibubapa kena menjadi contoh yang baik. Bila anak-anak bertanya, ibubapa perlu ketepikan dahulu gajet bagi memberi ruang hubungan dengan anak.

5. Bertanya Dengan Anak

Bila anak sibuk menonton tv atau gajet. Ibubapa kena bijak dalam membuka cerita dengan anak-anak. Tanyalah anak-anak apa mereka ingin lakukan selain menonton tv atau gajet. Boleh juga ibubapa bawa anak-anak ke taman untuk bermain layang-layang atau pergi berbasikal. Tentu ia lebih mengujakan daripada hanya menonton tv atau gajet.

6. Bina Hubungan Sosial Anak-Anak Dengan Kawan-Kawan Mereka

Ibubapa boleh menjemput rakan-rakan mereka ke rumah untuk bermain permainan. Kanak-kanak memerlukan situasi ini bagi menggalakkan lagi kemahiran sosial asas mereka. Bermain dengan rakan-rakan adalah kunci untuk anak-anak kita menjadi lebih kreatif dan penuh inspirasi.

Positive family preparing lunch together in the kitchen

7. Bawa Anak-Anak Bercuti

Pastikan ibubapa sendiri ada masa untuk anak-anak. Bila musim cuti sekolah, bawalah anak-anak pergi bercuti seperti pergi bermandi-manda di Sunway Lagoon atau di mana-mana tempat percutian. Bawa anak-anak pergi memancing atau sama-sama menghadiri kelas kemahiran. Ini boleh mengeratkan hubungan ibubapa dengan anak-anak dan ilmu sekeluarga juga bertambah.

Selalunya, saya dan suami akan bawa anak-anak pergi makan di tempat-tempat menarik. Semasa meluangkan masa dengan anak-anak saya lebih suka menyimpan gajet mereka. Oleh itu, senang untuk berkomunikasi dengan anak-anak jika gajet tidak menganggu semasa kami menjamu selera. Ibubapa boleh bawa anak-anak pergi makan di Kokol Haven Resort pada hujung minggu. Mereka ada sediakan baby chair juga. Tempat ini best, cuma kena pastikan anak pakai pakaian panjang lengan dan berseluar panjang sebab tempat ini sejuk.

Makanya, ibubapa perlu memainkan peranan agar anak-anak tidak menjadi ‘hantu’ tv dan gajet. Sebab ibubapa lah yang perlu dijadikan contoh untuk anak-anak kita. Semoga tip yang saya kongsikan mampu membantu ibubapa yang sedang berusaha untuk pisahkan anak-anak mereka dengan tv dan gajet.

CHEERS!

Continue Reading