4 Jenis Tekanan Darah Tinggi Ibu Hamil Perlu Tahu

tekanan darah tinggi ketika hamil

Ramai yang sangka masalah tekanan darah tinggi ini tidak begitu serius. Hakikatnya, penyakit ini sangat berbahaya dan boleh menyebabkan kematian di antara si ibu dan anak atau kedua-duanya sekali. Di Malaysia, kes ini meningkat dari tahun ke tahun. Tiga daripada 10 peratus wanita akan menghadapi risiko mempunyai tekanan darah tinggi ketika hamil.

Masalah tekanan darah tinggi ketika hamil tidak mengira samada si ibu berumur dalam lingkungan 20an atau 30an. Sekiranya tekanan darah didapati melebihi daripada 140/90 dalam dua kali pemeriksaan, si ibu akan didiagnosis mendapat tekanan darah tinggi.

Menurut Dr Mohamed Rafi Dato’ Dr Mohammed Feizal, doktor pakar O&G dari Hospital Bersalin Umra, Shah Alam berkata terdapat beberapa kategori tekanan darah tinggi semasa hamil iaitu;

1. Essential hypertension complicating
2. Pregnancy induced hypertension
3. Pre-eclampsia
4. Eclampsia


1. Essential hypertension complicating pregnancy

  • Kategori ini adalah di mana si ibu sudah mempunyai tekanan darah tinggi sebelum hamil.
  • Berlaku sebelum usia kandungan 20 minggu selepas 12 minggu melahirkan anak, bacaan tekanan darah si ibu melebihi 140/90.
  • Pemeriksaan ke atas pesakit akan dilakukan bagi mengenalpasti penyakit lain yang dialami oleh pesakit samada berkaitan dengan buah pinggang atau sejarah keluarga yang sememangnya mempunyai masalah tekanan darah tinggi.

2. Pregnancy induced hypertension

  • Berlaku selepas usia kehamilan 20 minggu sehingga 12 minggu selepas melahirkan anak.
  • Menunjukkan tiada kandungan protin dalam air kencing.

3. Pre-eclampsia

  • Ibu hamil disahkan menghidap essential hypertension complicating pregnancy dan pregnancy induced.
  • Tekanan darah tinggi dan ujian air kencing menunjukkan ada protin.
  • Jika tidak dirawat, ia boleh memudaratkan ibu dan bayi.

4. Eclampsia

  • Juga dikenali sebagai sawan.
  • Boleh menyebabkan sawan, masalah pendarahan, kerosakan otak dan buah pinggang, kemudaratan kepada janin yang belum lahir dan boleh menyebabkan kematian ibu atau bayi.

Kategori tekanan darah tinggi jenis pre-eclampsia dan eclampsia perlu diberi perhatian dengan lebih ketat dan rapi. Penghidap tekanan darah tinggi ini harus menjalani pemeriksaan kehamilan secara berkala dan betul, makan ubat yang diberikan dan perlu kerap memeriksa tekanan darah mereka.

Kesimpulannya, masalah tekanan darah tinggi tidak boleh dipandang serong bagi ibu hamil kerana ia boleh memudaratkan kesihatan bayi dan lagi teruk boleh menyebabkan kematian. Tu sebab kita perlu sentiasa memberi nasihat kepada saudara dekat kita jika mereka mengalami masalah tekanan darah tinggi semasa hamil.
Luv,
Brigett || 0128895717
Pengedar Shaklee Malaysia

Continue Reading