10 Cara Maksimumkan Explorasi Otak Si Manja

Ada ibu yang mahu anak tidak pandai? Cuba angkat tangan dulu? Haha.. Kalau ada migrainlah mak nih nanti. Siapalah ibu yang mahu anaknya kurang bijak kan? Saya sendiri pun mahu anak bijak. Supaya di hari akan datang boleh mak bangga sikit hihi.. Mungkin ada lagi yang tidak tahu bahawa otak kita mula berkembang dengan pesatnya selepas kita berusia 3 minggu di dalam kandungan ibu. Wahhh.. Seawal itu rupanya. Masa itu masih lagi janin. Otak kita akan berkembang sehingga ia mencapai 100,000 juta sel ketika lahir. Perkembangan otak anak ini perlu dijaga secara berterusan sepanjang hayat anak kita. aktiviti memaksimukan otak anak Menurut pakar neurologi, Dr. Majid Fotuhi pengasas dan Ketua Pegawai Perubatan di NeurExpand Brain Center AMerika Syarikat berkata, otak kanak-kanak ini ada hubung kait dengan aktiviti fizikal dan pemakanan.

Ibu bapa perlu memainkan pernanan penting dalam perkembangan otak si manja. Seiring dengan peningkatan umur kita, neuron dan sinaps boleh menurun jumlahnya bergantung dengan gaya hidup samada kita aktif ataupun tidak serta diet yang diamalkan. – Dr. Majid Fotuhi.

Bila anak sudah cukup pintar, kita kena jaga juga etika dan disiplin diri mereka. Kena ada hubungan seperti best friends dengan anak. Sebab ini juga saya pernah alami. Jika perhatian ibu bapa kurang dengan anak-anak, perkembangan anak-anak akan merosot. Itu sebab kita kena jaga hubungan di antara anak-anak kita. So, jom kita selami apa cara-cara untuk memaksimumkan eksplorasi otak anak-anak kita. Ibubapa kena apply tau lepas nih. Rugi kalau kita tahu anak kita itu born to be genius tapi kita sia-siakan pula karunia dia itu.

10 CARA MEMAKSIMUMKAN EKSPLORASI OTAK SI MANJA

  1. Senaman dan aktiviti fizikal adalah sangat penting dalam kesihatan otak anak-anak.
    • Kajian menunjukkan aktiviti seperti kardivaskular akan merangsang penghasilan neuron yang baru. Makanya, kalau anak-anak kita itu aktif, jangan pula kita suruh dia duduk diam-diam. Nanti anak jadi banggang, ibubapa salahkan anak pula balik.

    aktiviti memaksimumkan otak anak

  2. Menggalakkan si manja untuk mencuba permainan fizikal dan mengajar mereka menyusun strategi untuk menang.
  3. Memberi material pembelajaran yang luas dan banyak bagi memudahkan mereka melakukan eksperimen.
  4. Mencadangkan mencuba hobi baru atau permainan baru.maksimumkan otak anak
  5. Belajar bahasa baru untuk membantu sel-sel otak si manja berhubung dengan lebih efektif.
  6. Mengamalkan diet rendah karbohidrat sebaliknya mengamalkan makan sayur-sayuran dan sumber protin yang tinggi.diet seimbang untuk otak anak
  7. Waktu tidur si manja juga perlu cukup bagi memberi mereka tahap fokus yang lebih tinggi untuk hari seterusnya.
  8. Elakkan tekanan perasaan atau stress. Walaupun kanak-kanak ini masih kecil tetapi mereka tetapi manusia yang mempunyai perasaan. Ibubapa jangan buat-buat lupa pula tau. Terlalu banyak tekanan akan menyebabkan rembesan hormon yang menyebabkan toksik menganggu perkembangan otak si manja.
  9. Biasakan anak-anak mengamalkan makanan yang kaya dengan Omega-3 seperti ikan laut sejuk seperti salmon dan sardin, kacang walnut, kacang soya dan sayur-sayuran hijau. Boleh rujuk di sini untuk ketahui makanan terbaik buat si manja.omega-3-untuk-anak
  10. Otak terdiri daripada 85% cecair. Jangan biarkan si manja dehidrasi pula. Elakkan pengambilan garam atau kafein yang berlebihan.

Kesimpulannya, otak anak-anak kita perlu dijaga seawal mereka masih janin lagi. Selain daripada member pendedahan kepada persekitaran, diet anak-anak juga harus diambil perhatian. Elakkan daripada makanan yang diproses. Makanan tambahan bagi mereka juga sangat penting.

Saya sendiri memberi anak-anak saya makanan tambahan bagi meningkatkan lagi imun sistem tubuh mereka dan perkembangan otak mereka. Saya suka bagi MealShake sebagai multivitamin mereka dan OmegaGuard untuk merangsang perkembangan otak mereka dengan lebih baik.

Semoga info ini dapat memberi manfaat kepada parents di luar sana! CHEERS!!

Continue Reading