Makanan Yang Menguatkan Antibodi Si Manja

Anak saya yang pertama seorang yang imunnya tidak begitu kuat seperti anak kedua saya. Ryo yang pertama, Rev yang kedua. Selepas melahirkan Ryo, saya bersama dia hanya 4 bulan pertama dan saya terus sambung sekolah selepas tu. Yah.. dia berpisah susu badan seawal 4 bulan. Selepas tu makan minum dia, mertua yang tolong jagakan.

Banyak makanan yang diberikan kepada dia termasuklah keropok, aiskrim, coklat dan macam-macam lagi ler. Apa kesan yang Ryo dapat? Imun badan dia lemah dan selalu sakit. Gigi pun cepat rosak. Pening kepala mak dia berfikir macam mana mau elak gigi tuh tidak jatuh cepat. Baru 2 tahun gigi sudah jatuh.. macam mana?

Oleh itu, saya sebagai wakil ibu yang mengalami masalah macam ini ingin berkongsi untuk menangani masalah antibodi anak-anak yang sudah terdedah dengan fast food seawal umur 1 tahun lebih. Diet yang sihat memainkan peranan penting dalam memelihara kesihatan anak-anak. Jangan sebab kita sebagai ibubapa mau benda senang, kita bagi seja keropok atau fast food untuk kenyangkan anak-anak. Jalankan tanggungjawab tu betul-betul. Susah kalau anak sering masuk rumah sakit kan?

4 VITAMIN PENTING BAGI SI MANJA

Di sini ada 4 jenis vitamin utama yang perlu diberikan kepada anak-anak kita bagi menjaga sistem imun badan, antibodi dan kesihatan mereka.

  • Vitamin C

Makanan yang kaya dengan Vitamin C mampu menguatkan imun sistem anak kita. Macam mana pula Vitamin C boleh membantu menguatkan imun tubuh anak kita? Vitamin C mampu meningkatkan penghasilan sel darah putih dan antibodi untuk melawan kumanyang menyebabkan jangkitan penyakit.

Antibodi anak-anak kita boleh dikuatkan lagi dengan pengambilan sekurang-kurangnya 6 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran. Antara buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi vitamin C adalah;

  • Buah sitrus
  • Betik
  • Ubi kentang
  • Brokoli
  • Tomato
  • Mangga

makanan membantu meningkatkan antibodi anak

  • Vitamin E

Vitamin E mampu merangsang sel untuk menghapuskan kuman seperti sel-B. Sel-B ini menghasilkan antibodi untuk melawan bakteria. Antara makanan yang mengandungi Vitamin E adalah;

  • Kekacang
  • Biji bunga matahari
  • Bijirin penuh
  • Zaitun
  • Legum
  • Asparagus
  • Bayam
  • Beras perang
  • Telur
  • Minyak
  • Daging

makanan membantu meningkatkan antibodi anak

  • Zat Besi

Makanan zat besi membantu meningkatkan penghasilan sel darah putih. Selain itu, zat besi juga memperbanyakkan produksi sel-T yang membantu sel darah putih mengeluarkan lebih banyak antibodi. Di samping itu, zat besi juga melawan infeksi dan menyembuhkan luka.

Makanan yang mengandungi zat besi adalah;

  • Ketam
  • Daging lembu
  • Kuning telur
  • Badam
  • Susu
  • Tairu
  • Coklat gelap

makanan membantu meningkatkan antibodi anak

  • OMEGA-3

Sistem imun biasanya memberi tindak balas yang lebih dengan membebaskan lebih banyak antibodi untuk melawan bakteria atau alergi yang menyerang tubuh kita. Tindak balas berlebihan ini dipanggil sebagai respons hipersensetif yang bakal menyebabkan reaksi alergi seperti tumbuhnya ruam.

Oleh itu, bagi melindungi tubuh daripada kerosakan yang disebabkan oleh tindak balas berlebihan ini boleh ditangani dengan pengambilan Omega-3. Omega-3 mampu meningkatkan aktiviti sel darah putih yang menghapuskan bakteria. Omega-3 boleh didapati daripada ikan yang berlemak seperti;

  • Salmon
  • Tuna
  • Ikan kembung

makanan membantu meningkatkan antibodi anak

Bagi kita yang bergelar ibu, kena bijak memilih makanan untuk anak. Tapi lagi baik jika kita pandai memilih makanan tambahan yang mengandungi vitamin dan mineral lengkap untuk anak kita. Selain memudahkan kerja kita, anak pun tidak susah kena makan banyak sayuran, buah-buahan dan sebagainya.

Saya pula lebih suka memberi anak pertama saya MealShake dan OmegaGuard. Sebab anak pertama saya antibodinya memang sangat lemah. Selain itu, dia juga seorang yang picky eater. Lagipun MealShake ini membantu dalam masalah sembelit itu yang lagi saya tambah suka dengan makanan tambahan ini.

Baiklah, saya harap info ini membantu lebih ramai ibubapa di luar sana untuk menyelesaikan masalah antibodi anak yang lemah melalui pengambilan makanan mereka. Elakkan sahaja daripada memberi anak makan makanan seperti kerepok. Semestinya antibodi anak akan terjaga.

 

Luv,
Momy Brigett
The Concern Mom

Continue Reading