Kokol Haven Resort Kota Kinabalu

Masa 13hb Oktober yang lalu, saya dan suami bercadang ingin membawa anak-anak ke Kokol Haven Resort. Dalam masa yang sama kami juga ingin mencuba makanan di sana. hihi.. Kokol Haven Resort terletak di Menggatal. Okay bukan menggatal yang itu aa.. memang nama kampung tu Menggatal. *cries*

Kokol Haven Resort terletak kira2 16km dari pusat bandar Kota Kinabalu. Boleh guna waze juga supaya senang sampai di sana. Kalau pertama kali ke sana, memang perjalanan tu rasa macam jauh betul. Sebab Kokol Haven Resort nih betul-betul di atas bukti.

Bila kami tiba di sana, suami ambil masa kejap untuk berehat. Jadi saya dan anak-anak keluarkan buku yang kami sempat beli di Popular Suria Sabah.

Suria Sabah Popular Bookstore

Suria Sabah Popular Bookstore

Abang mau ajar adik baca buku. Tapi buku terbalik.

Abang mau ajar adik baca buku. Tapi buku terbalik.

Selepas suami siap berehat, kami masuk ke restorant resort ini. Pelayan tu tanya berapa orang dewasa dan kami dikenakan bayaran sebanyak RM10 untuk satu orang dewasa. Kanak-kanak free seja.

Melihat menunya, harga makanan adalah standard. Selepas mengambil order, kami hanya duduk di restorant saja. Oleh sebab tempat itu terbuka dan kawasan resort ini betul-betul di atas bukti, angin juga kuat sampai nak bergegar. So kalau bawa budak tu pastikan mereka memakai pakaian panjang tangan atau bawakan jaket untuk mereka.

Sambil menunggu order, sambil itu juga kami menikmati pemandangan dari Kokol Haven nih. Memang haven lah kalau tengok sunset dari sini. Cantik betul.. Rugi kalau tidak bawa DSLR sekali sebab kalau gambar pakai iPhone pun masih tidak dapat gambar yang macam kita nak betul-betul.

Kokol Haven Resort Kota Kinabalu

Kokol Haven Resort Kota Kinabalu

Bila makanan sudah sampai, okay ini part paling seronok. Saya order Ayam Penyet Kokol Haven. Nasi, ayam semua okay.. sambal dia paling SEDAP!! Sambalnya tu yang buat kita nak datang balik. Sampaikan suami saya pun nak tukar makanan dengan saya. Memang sambal ayam penyetnya sangat sedap.. perghhh rasa tu masih ada tau dekat lidah. Memang sedap!

Suami pula order Chicken Chop. Overall okay. Minuman juga okay. Saya order teh tarik panas. Harga RM10. Tak tau apa yang special tapi okay lah. Sambal ayam penyet tu seja yang masih saya tak boleh move on sampai sekarang. Boleh pegi cuba, mungkin kamu juga nda dapat move on. hihi..

img_3314

Kokol Haven Resort Kota Kinabalu

Total harga makanan dalam RM100+ memang harga standard pun. Tak mahal tak murah juga. Standard hehe.. Lepas siap makan tu sudah jam 6+ petang. Jadi kami jalan-jalan kejap pegi tengok ada apa dekat bawah tu.

Sampai di bawah, cuba-cuba ambil gambar. Memang view sangat-sangat memuaskan kalau dijadikan background. Walaupun dah gelap tapi background tu sangat cantik. Memang tidak rugi jalan begitu jauh untuk sampai Kokol Haven Resort nih.

Kokol Haven Resort

Lepas dah puas, kami pun berangkat pulang ke Ranau. Jauh perjalanan luas pemandangan kan? Jadi boleh lah jalan-jalan ke Kokol Haven Resort lepas nih. Tempat tu memang best, make sure datang masa nak sunset tu. *wink*

Kokol Haven Resort Kota Kinabalu

Luv,
Brigett || 0128895717
Pengedar Shaklee Malaysia

Continue Reading