5 Cara Kuman Merebak. Lindungi Si Manja!

Kuman seperti bakteria, virus, protozoa dan fungus adalah antara punca tercetusnya penyakit. Tapi kita boleh menghindari penyakit dengan amalan kebersihan kita dari dalam rumah. Ibubapa perlu memainkan peranan untuk mengajar anak-anak menjaga kebersihan sendiri.

Ada 5 cara kuman merebak. Bila anak mengalami selesema, cacar, demam, konjunktivitis, kudis buta dan demam kepialu, ini telah menunjukkan bahawa anak-anak telah dijangkiti oleh organisma-organisma mikro. Organisma ini ada di mana-mana sahaja dan senang untuk menyerang si manja.

Pencemaran Silang

Kuman berjangkit selalunya membiak dalam makanan mentah. Pencemaran silang ini berlaku apabila kita menyentuh ayam mentah dan menyentuh udang atau buah-buahan tanpa mencuci tangan selepas menyentuh ayam, maka terjadilah pencemaran silang. Pisau dan papan pemotong adalah agen yang paling efektif menyebabkan pencemaran silang ini.

Hidung, Mulut atau Mata Ke Tangan

Kuman mudah merebak ke tangan anak-anak apabila mereka bersin, batuk atau menggosok mata. Cecair badan mengandungi kuman yang mudah merebakkan jangkitan. Kuman pada tangan ini akan dipindahkan pula oleh ahli keluarga atau kawan-kawan.

Untuk mencegah penyakit seperti selesema atau sakit mata, ibubapa harus sentiasa membasuh tangan anak-anak.

Tangan Untuk Makanan

Bila kita tidak membasuh tangan semasa menyediakan makanan, secara tidak langsung kuman dari tangan akan dipindakan ke atas makanan. Sebaran kuman ini dapat dielakkan dengan hanya membasuh tangan sebelum makan atau sebelum menyentuh makanan.

Haiwan Kepada Manusia

Selepas bermain dengan haiwan, ditegaskan agar mencuci tangan kerana haiwan peliharaan merupakan salah satu hos kepada kuman yang boleh menyebabkan penyakit. Oleh itu, ibubapa perlu membasuh tangan anak-anak selepas bermain dengan haiwan.

Tidak Mencuci Tangan

Ibu perlu membasuh tangan selepas menukar lampin anak. Jika ibu tidak segera mencuci tangan, kuman yang menyebabkan cirit-birit kemudiannya disebarkan dan bakal menjangkiti orang lain.

Kesimpulannya, amalan ini perlu dimulakan oleh ibubapa terlebih dahulu agar anak-anak boleh mengikut sikap kita. Jika kita menjaga kebersihan, sudah pasti kesihatan anak-anak akan terjaga. Saya harap saya boleh membantu ibubapa yang masih tertanya-tanya bagaimana cara untuk memperbaiki lagi taraf kesihatan anak-anak.

CHEERS!

 

Continue Reading
1 2 3 6