Aktiviti Hujung Minggu Bersama Pakar Blog

Yay! Kelas yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Selepas hantar anak-anak tempat mertua, kami terus bertolak ke Kota Kinabalu untuk menghadiri kelas dari pakar blog iaitu Encik Eizil. Singgah kejap beli burger di Kedai Boy Burger dekat Petronas Ranau.

kelas dengan pakar blog

Sebab perjalanan mengambil masa hampir 2 jam dari Ranau ke Kota Kinabalu. Saya sediakan Performance Drink campur dengan 2 biji asamboi untuk suami supaya dia lebih bertenaga semasa memandu. Tiba di Branch Shaklee Kota Kinabalu, kelas sudah mula.

kelas dengan pakar blog

hujung minggu bersama pakar blog

Sebenarnya saya pernah buat blog. Tahun 2007, masa itu umur saya 17 tahun. Orang sibuk mahu SPM, saya sibuk blog sana blog sini. Haha! Pengaruh kawan sahaja tu. Saya pun cubalah buat benda baru ini. Memang bestlah sampai boleh ketagih. Sebab blog itu sudah jadi macam satu diary.

Tapi lepas kahwin, saya berhenti blogging. Sampailah saya terjerumus dalam bisness Shaklee nih, baru saya mula berjinak-jinak dengan blog balik. Tapi kali ini agak mencabar sebab buat blog dari wordpress. Dulu saya buat blog dari blogspot.

Sangat bersyukur Encik Eizil sanggup terbang dari KL semata-mata mahu kongsikan ilmunya dengan kami. Itu sebab laju sahaja turun dari Ranau pergi KK. Suami tidak dapat cuti pun turun juga. Sebab kami tahu peluang ini mungkin sekali saja. Rugi kalau kita mahu bisness tapi kita tidak sanggup berkorban untuk hadir kelas.

kelas bersama pakar blog

Syukurlah diberi peluang untuk menuntut ilmu dengan orang hebat. Sudah tahu hebat, jadi kenapa masih tidak mahu ambil peluang? Jika ada peluang ini lagi di masa akan datang, nak join lagi!

Siapa Encik Eizil ini? Boleh melawat blognya di sini –> www.eizil.com

Hujung minggu yang bermanfaat! xox

Luv,
Momy Brigett
Surirumah Berkerjaya

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *