2016; Yes or Nahh?

Banyak benda positif berlaku sepanjang 2016, dalam kategori bisness Shaklee.

  • Layak Bonus Title Plan RM2000.
  • Dapat percutian ke Bangkok.
  • 2 kali naik rank. Senior Supervisor & Coordinator.
  • Layak Car Bonus.
  • Lahir 4 leaders dalam tahun yang sama.
  • Pertama kali naik pentas National Conference terima award New Rank Achiever.
  • Keluar dari zon selesa sebab sudah start buat marketing luar dari platform Facebook & Instagram.
  • Dapat masuk majalah. yay!

Dari segi keluarga pula,

  • Berjayayakinkan suami bahawa Shaklee adalah bisness yang boleh mengubah hidup kami sekeluarga.
  • Berjaya yakinkan suami bahawa menabung itu penting. Sampai dia suruh saya simpan dompet dia. Haha..
  • Dapat beli stroller yang lebih selesa untuk anak, juga car seat untuk Ryo sebab kami selalu jalan jauh. KK-Ranau untuk hadir kelas.
  • Berjaya mempunyai simpanan sendiri.
  • Walaupun komunikasi dengan suami selalu juga bermasalah tapi kebanyakan masalah dapat diselesaikan.
  • Tahun lalu tiada impian, tapi tahun ini ada!

Sejak buat bisness Shaklee ni, banyak sangat benda berubah. Dari positif kepada negatif. Kalau sampai sekarang saya tidak mula buat Shaklee, sampai bila2 la saya banyak habiskan duit bermain dengan game di handphone haha!

Tapi langit bukan selalunya cerah. Sepanjang 2016 ini ada juga benda yang saya kecewa. Berpuluh tahun saya anggap benda itu sangat baik, tapi dalam tahun ini saya nampak kulit dan isi dia sebenar. Benda yang kita nampak indah dari kita kecil rupa-rupanya bukanlah seindah yang kita sangka.

Apa-apa pun jangan biar 1 benda yang buruk itu menguasai benda-benda yang baik. Apa yang perlu saya lakukan sekarang hanyalah, menjauhkan diri dari benda-benda negatif.

Jadi? 2016 yes or nahh?

YES!!!

Continue Reading